

Yb. Datuk Tahir Bin Hassan
Sunday, March 30, 2008
lawatan yb.datuk tahir ke JKKK tampoi di taman dri krubong

kemudahan perbankan disediakan

kemudahan infrastruktur jalan raya
VISI
Dewan Undangan Negeri Paya Rumput Yang Di Terajui Oleh YB.Datuk Tahir Bin Hassan adalah beliau berharap dapat menjadikan DUN Paya Rumput sebuah kawasan yang pesat membangun dalam pelbagai kemudahan infrastruktur, perkhidmatan dan keselamatan.Juga meningkatkan perpaduan di dalam masyarakat dan mewujudkan masyarakat yang majmuk dari pelbagai kaum,bangsa dan agama.
DUN Paya Rumput juga mahu mampertingkatkan lagi kemudahan infrastruktur perkhimatan dan keselamatan, juga meningkatkan lagi sosio-ekonomi.serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia-belia di seluruh DUN Paya Rumput.
Matlamat dan hasrat yang ingin di sampaikan oleh beliau adalah untuk menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) paya rumput satu kawasan yang membangun dalam pelbagai sektor.
Meningkatkan perpaduan masyarakat ditaman-taman, iaitu mewujudkan masyarakat majmuk yang terdiri dari pelbagai bangsa, kaum dan agama dapat disatukan.
Juga mengurangkan masalah sosial remaja dikawasan tersebut.
Memperbanyakkan program-program dikalangan belia diseluruh kawasan taman-taman dan kampung-kampung melalui JKKK.
PERANCANG PEMBANGUNAN DUN
Bagi rancangan pembangunan kawasan Didalam Dun Paya Rumput, kini masih dipelbagaikan projek-projek menaiktaraf seperti:
kawasan perumahan yang mana telah di bina untuk kos rendah, ia membolehkan golongan berpendapatan rendah dapat memiliki rumah tersebut.
dari segi pendidikan pula terdapat sekolah-sekolah yang ditambah/dinaiktaraf untuk kemudahan para pelajar dan guru-guru.
dalam bidang perniagaan pula ia ditumpukan kepada peniaga-peniaga melayu, yang mana perlu ditambah ia dapat menjana kualiti dan kuantiti ekonomi orang melayu.
terdapat juga kawasan-kawasan tertentu yang mudah banjir kilat diberi perhatian, juga menyelesaikan masalah-masalah seperti longkang-longkang pecah, tersumbat dan sebagainya.
kawasan yang sering berlaku banjir di Dun Paya Rumput adalah seperti paya rumput, tanjung minyak dan krubong.
dari segi kewangan pula terdapat institusi kewangan yang dibuka dalam Dun tersebut iaitu Bank Muamalat, CIMB Bank dll.
jalan raya yang dinaiktaraf dan dilebarkan.